Jelaskan pembalikan Wikipedia:Membalikkan_laman_ke_versi_terdahulu

Adalah penting untuk menyatakan penjelasan yang sah dan bermaklumat apabila membuat pembalikan laman. Cuba nyatakan pautan kepada prinsip Wikipedia yang anda percaya menjustifikasi pembalikan anda itu. Cuba bersedia untuk berbincang tidak lama selepas membalikkan rencana.

Pembalikan merupakan penolakan sumbangan penyunting lain; jika pembalikan itu tidak disokong secukupnya maka penyunting itu sukar menerima kejujuran pembalikan itu. Inilah satu punca boleh terjadinya perang sunting-menyunting. Penjelasan yang substantif juga memupuk sepersetujuan dengan memanggil penyunting yang dibalikkan itu kepada masalah berkenaan suntingan asalnya, supaya penyunting yang dibalikkan itu boleh menyemak suntingannya untuk membetulkan masalah yang diperlihatkan itu. Ini akan menghasilkan rencana yang lebih bermutu, penyunting yang lebih berpengetahuan dan komuniti Wikipedia yang lebih berharmoni.

Selain membantu penyunting yang dibalikkan itu, memberikan maklumat mengenai pembalikan itu juga boleh membantu para penyunting yang lain dengan memaklumkan mereka sama ada mereka perlu melihat versi yang dibalikkan itu, seperti dalam kes laman yang dikosongkan. Penjelasan pembalikan juga membantu para pengguna yang menyemak sejarah penyuntingan mereka untuk menentukan sejauh mana maklumat dalam sesuatu rencana adalah boleh dipercayai atau terkini.

Jika sebab-sebab penyuntingan anda terlalu rumit untuk dijelaskan dalam ringkasan suntingan, tinggalkan pesanan di laman perbincangan rencana. Adakalanya, adalah lebih baik untuk meninggalkan pesanan di laman perbincangan sebelum membuat pembalikan; supaya penyunting lain diberi peluang untuk bersetuju dengan anda dan menyemak suntingannya dengan sewajarnya. Begitu juga, jika seorang penyunting lain membalikkan perubahan anda tanpa penjelasan yang nyata, lebih baik anda menunggu beberapa minit untuk melihat sama ada dia menjelaskan tindakannya pada laman perbincangan rencana atau laman pengguna anda.